PENDAHULUAN

Sebagai seorang guru, saya mendapati ramai di kalangan murid, ibu bapa dan juga segelintir guru tidak mementingkan mata pelajaran pendidikan seni visual. Pada hakikatnya pendidikan seni berupaya melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengamatan estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Melalui aktiviti seni seperti melukis, kraf tangan dan apa jua kegiatan seni, kesan diri akan merasa kepuasan, lega, lapang  dan ketengaan dari tekanan perasaan.
Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Panceinderan ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa pencitaan sesebuah karya seni. Maka jelaslah di sini bahawa seni dapat menajamkan kepekaan dan pengamatan seseorang. Selain itu, seni juga merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.
            Matlamat mata pelajaran Seni Visual Sekolah Rendah adalah melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif, selaras dengan hasrat Falsafa Pendidikan Kebangsaan. Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab kita mendidik kanak-kanak dalam usaha merealisasikan hasrat Falsafa Pendidikan Kebangsaan ke arah pendidikan bertaraf dunia. Dengan itu, timbulan hasrat saya untuk membuat blog yang berkenaan dengan Pendidkan Seni Visual supaya dapat berkongsi pengalaman dengan guru pendidikan seni dan guru yang mungkin kurang terdedah kepada alam seni serta mempertingkatkan lagi kefahaman dan penghayatan murid-murid, para guru dan ibu bapa tentang kepentingan Pendidkan Seni Visual dan kegunaan dalam kehidupan kita.


APAKAH ITU SENI?

* Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,   
   keseronokan dan kesenangan estetik.

* Menurut Syed Ahmad Jamal, estetik berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu     
   perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian, keindahan,bukan menekan aspek
   kegunaannya.

* Menurut June McFee, seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana
   ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu    
   masyarakat.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI

  1. Peranan Ekspresi
      Memberi peluang kepada murid untuk membina keyakinan menajamkan persepsi,
      meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.

  1. Peranan Emosi
Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi akan mempengaruhi ingatan seseorang.

  1. Peranan Imaginasi
Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan
a)      Perasaan dalam kanak-kanak.
b)      Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.
c)      Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.


EMPAT BIDANG AKTIVITI PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH:

  1. Menggambar

  1. Membuat Corak Dan Rekaan

  1. Membentuk Dan Membuat Binaan

  1. Mengenal Kraf Tradisional